UNIT PELAKSANAAN BAHASA DAN UNIT JAWI PERMOHONAN TULISAN JAWI Unit ini menangani semua jenis permohonan tulisan Jawi daripada jabatan kerajaan, swasta dan orang persendirian. Jenis permohonan seperti yang berikut: - Papan Tanda dan Kepala Surat bagi nama perniagaan
- Kenderaan bagi nama perniagaan
- Nama Bangunan
- Nama Pertubuhan, Koperasi dan seumpamanya
- Jenama, Francais dan seumpamanya
- Teks Panjang
- Label/Papan Tanda umum
- Kain Rentang
- Papan Iklan (billboard)
- Poster, kulit buku/program, cop
- Tirai Belakang (backdrop)
Khidmat ini sejajar dengan kehendak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sepertimana maksud surat keliling JPM Bil. 21/1988 bertarikh 19 Julai 1988:
...semua Kementerian dan Jabatan supaya mengawasi dan memastikan penggunaan tulisan jawi disamping tulisan rumi pada papan-papan tanda di bangunan-bangunan Kerajaan dan badan-badan perniagaan, termasuk papan-papan nama, kepala surat, papan kenyataan, poster, iklan, kain rentang, nama-nama dan tanda-tanda jalan serta seumpamanya. Tulisan jawi itu hendaklah ditulis dua kali ganda besarnya daripada tulisan rumi dan diletakkan disebalah atas… Kadar bayaran bagi perkhidmatan tulisan dan pengesahan Jawi adalah seperti yang berikut:
PERMOHONAN TULISAN JAWI | | | PENGESAHAN EJAAN/TULISAN JAWI DAN BAHASA MELAYU | | SALINAN TULISAN JAWI | | Kategori | Jenis Tulisan | Harga | Kategori | Harga | Jumlah | Harga | · Papan Tanda · Kepala Surat · Kenderaan · Nama Bangunan · Pertubuhan, Koperasi dan seumpamanya · Jenama, Francais dan seumpamanya · Label/Papan Tanda Umum · Papan Iklan (Billboard) · Tirai Belakang/Kain Rentang · Poster, Kulit Buku/Program, Cop | Nasakh | $20.00 | · Kenderaan · Logo | $5.00 | · Setiap satu salinan | $5.00 | | Selain Nasakh | $30.00 | | | | |
Permohonan Teks Panjang dihadkan kepada 10 klausa sahaja. Jika melebihi 10 klausa, permohonan akan dikira sebagai permohonan baharu. Tatacara memohon seperti yang berikut: - Pemohon dikehendaki mengisi borang terlebih dahulu.
- Sebelum permohonan diproses, pemohon hendaklah membuat pembayaran terlebih dahulu di Unit Kewangan, Tingkat 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama, Berakas.
- Bagi permohonan dari jabatan-jabatan kerajaan, pembayaran dibuat dengan mengeluarkan surat tuntutan ke jabatan berkenaan.
- Untuk mengambil tulisan atau pengesahan Jawi, pemohon boleh menghubungi Unit pelaksanaan Bahasa dan Unit Jawi untuk memastikan sama ada sudah selesai atau belum, atau boleh juga mengambilnya dengan mengikut TPOR.
Berikut ialah dokumen yang perlu disertakan bersama-sama borang permohonan: - Pendaftaran Sendirian Berhad
- Pendaftaran nama perniagaan 16/17
- Pendaftaran Koperasi (BINA)
- Permit kenderaan (Pengangkutan Darat)
- Pendaftaran persatuan
- Dokumen yang relevan bagi jenama, francais, tanda niaga dan lain-laian.
TPOR BAGI PERMOHONAN
TULISAN JAWI |